Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Julai 2011

ANDAI AKU TERLUKA

andainya aku terluka
tak mungkin lihat senyumu
tak mungkin buatku tertawa
kerna aku telah terluka
andainya aku terluka
tak mungkin ku toleh angin lalu
tak mungkin kau buatku gembira
kerna aku telah terluka
tetapi jika aku terluka
kau akan terus memujuk hatimu
kan ku buat engkau bahagia
kan kan ku buktikan rasa cinta
kita....bermadu asmara
namun di usik oleh hasutan naluri
aku tak ingin kau bersedih
pasti ku tak ingin engkau
aku hanya ingin berdua
sehingga bersinar bintang cinta
didalam jiwa engkau baiduri
didalam sepi engkaulah cahaya
semoga bersemi kekal abadi
selama-lamanya dihati
kembalilah padaku kekasih
seandainya engkau terluka

^-^sukarnya aku melupakanmu^-^

      Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah dihati kita begitu sahaja??????Biar dalam bentuk apapun perpisahan itu.Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi,hakikatnya kenangan yg tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja.Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan,pahit manis suka mahupun duka .Insan-insan ini akan tetap diingati.Ada ketikanya rindu itu datang juga.Datang dalam bentuk yang pelbagai,dan rindu yg rindu hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan.Sebagaimana sukar menciptakan kenangan ,begitulah sukarnya untuk melupakan.Walau jauh mana mengasingkan diri,kenangan-kenangan itu tetep bersemadi dalam hati.Bukan tidak memcuba sebaiknya sudah sehabis daya.Namun rindu itu seringkali mengganggu lena.Lalu tidurlah kita berteman si airmata.Sayu dlm hati hanya TUHAN yg tahu.TUHAN yang maha mengetahui segalanya.....
      Sukarnya membunuh kenang.Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan,kenangan itu tetap memburu.Menjadi kita insan yang kadang kala hilang kewarasan.Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan .Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini.Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua.Seakan mahu menjerit pada alam...Bawalah aku jauh ,,,jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini.....Berikan ruang untukku bernafas kembali,dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran...Kita menangis lagi!!!!!Menanggis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.....
      Aku jadi lesu melawan perasaan sendiri.Hakikatnya aku tahu yang kadang kala berpisah itu adalah lebih baik dari bersama.Bila sudah tiada keserasian antara akaldan hati pada dua jiwa ,maka berpisah adalah jalan yang terbaik.Tapi sungguh aku tak sanggup!!!!Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu sekali lagi aku mengenangkan kata hati.Aku tolak mentah-mentah apa yang akal cuba katakan ,kerana di satu sebab.....Kerana dalam hati inilah aku letakkan mereka dia,mereka semuanya insan-insan yang disayangi sepenuh jiwa.Lalu ku putuskan saja mengikut apa yang mahu dikatakan oleh hati....Biar berbalah sekalipun aku sanggup ,asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menangnggung perpisahan...Aku sudah tidak sanggup lagi!!!!!
      Aku mahu membencimu,tapi belum pun perasaan itu bermula...Aku sudah lelah menanggungnya!!!!Itu yang benar....Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci.Itu yang aku rasa kerana dengan benci,hanya akan menjadikan manusia yang tidak berperikemanusian pada manusia lain.Ia hanya menjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya.Lalu aku putuskan untuk tidak membenci!!!!!Sekiranya tidak untuk sekali ini .Tidak mahu membenci walau sesiapapun.Biar apapun yang dilakukan oleh orang-orang sekeliling,aku memutuskan untuk tidak membenci mereka ini.Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh  hasrad kerana membenci!!!!Aku juga telah memutuskan itu semua....
      Membuat keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup.Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat tidak melibatkan hati sesiapa...Biar aku saja yang terluka!!!!Biar aku saja yang menangis!!!!!Biar aku saja yang menyesal!!!!!Tidak sekali-kali aku mahu melibatkan orang-orang lain yang terpenting dalam hidupku.Malangnya tidak semua keputusan dalam hidup yang melibatkan banyak orang.Pasti banyak hati yang kecewa kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa ,aku memutuskan untuk menanggungnya sendiri.Bukan kerana tidak kasihan pada hati ,tapi sekurangnya aku tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka.Perit sudah pasti!!!!Biarkanlah....Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga kesatu hari di jemput bertemu.Dia yang abadi!!!!!
      Kadang kala kita tidaklah memilih untuk menjadi sesiapa...Siapa kita hari ini????Dan siapa pun kita hari ini...Usahlah takdir yang harus dipersalahkan!!!!Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan ,dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan.Kita masih belum lagi jauh tersesat,sebaliknya selagi kita bernyawa....Dia sedang memberi peluang unuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan....Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya sebaliknya,dengan kesilapan-

RIWAYAT CINTA

Gerhana yang melanda
Seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitulah hatiku terasa
Siapa yang rela bernafas dalam derita
Membiarkan perasaan jadi sengsara
Dicengkam sedih yang tidak terduga
Kemana hilangnya keindahan yang ingin kudamba
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kedukaan....

Sentuhan yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku dalam khayalan
Perlukah aku bercinta
Andainya hidup berteman airmata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi
Sesungguhnya....
Tiada jalan teduh untuk bersama
Kurela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cinta.....

Khamis, 21 Julai 2011

HATIKU YANG TERLUKA

AKU MENCINTAIMU TAPI
ADAKAH KAU JUGA MENCINTAIKU?????
AKU MERINDUIMU TAPI
ADAKAH RINDUMU ITU
MILIKKU????
         KEKASIHKU.....
         AKU BUKANLAH MALAIKAT
         YANG MULIA DAN
         AKU JUGA BUKAN PARI-PARI
         YANG BISA LAKUKAN APA
         SAJA UNTUK BERSAMA DENGANMU.....
KEKASIHKU...
AKU HANYA MENGHARAPKAN
SECEBIS KASIH DARIMU
TETAPI....
KAU SEOLAH-OLAH TIDAK MENGERTI
TERLALU HINAKAH AKU PADA
PANDANGANMU?????
DIRIMU IBARATKAN BONEKA
YANG HANYA DIGUNAKAN BILA
PERLU.....
BERDOSAKAH AKU KERANA
MENCINTAIMU....??????
          KEKASIHKU...
          AKU MERAYU PADAMU
          BERIKANLAH SECEBIS
          KASIHMU
          KERANA HANYA KAMU
          YANG KUDAMBAKAN.....

AKU YANG TERLUKA

Bersama hari2 smlm yg penuh luka.Aku lalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara.Ya...hr smlm tlh mengenalkan aku akn erti sebuah derita percintaan.Percintaan yg pd mulanya mengajar aku erti kebahagian mencintai dan dicintai.Akhirnya memaksa aku menelanpahit getir perpisahan yg tak diduga.
          Bkn kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yg mendatang.Bkn kurayu utk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan.Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut  ttp menjadi racun berbisa,jika ia tdk dikatakan.Ataukah aku yg tllu berharap utk memiliki hatimu!!!!!Sdgkn engkau hanya ingin mempermainkan perasaanku????Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yg tllu mengharapkanmu.....Utk mengisi bunga2 cinta disegenap ruang hatiku!!!!!
           Kutahu cinta bknnya paksaan dan paksaan dlm bercinta,hanya membuat hati merana.Tapi cinta kita bknnya paksaan.Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarkah kata org tua,cinta yg tdk disirami dgn bunga2 keikhlasan dan kejujuran akn menemui kegagalan.Apakah aku saja yg penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu!!!!!Sdgkan kau dgn sewenang2nya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dlm bercinta.Jika sesungguhnya dihatimu bnr ada cinta utkku tetapi hatiku dilukai????Sedarkah kau bahawa luka yg engkau tgglkn tllu dlm dan amat sukar utk aku membalutnya kembali.Aku tak tahu adakah aku mampu utk menyembuhkan luka yg amat dlm itu.
            Jika dihatimu hanya ada dendam utk menyakiti hati perempuan seperti aku!!!!Padamkanlah ia krn kelak ia akn membakar dirimu jua.Siramilah api dendammu dgn kesejukkan cinta seorang wanita.Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yg tak kesampaian.Tetapi mengapa kau melukakannya pd hati suci yg amat mencintaimu?????Sedarlah engkau sblm engkau dilukai buat kali kedua krn kepedihan dr kelukaan amat seksa sekali utk menanggungnya.Ckplah sekali hati dilukai krn luka utk kedua kali hanya membuat diri serik utk bercinta lg...
            Cinta dicipta dan anugerahkan kpd setiap hati insan bkn utk dimungkiri,kemudian ditinggalkan begitu saja.Cinta perlu belai dan dibaja dgn kemesraan an kasih sayang.Ttp jika hati tlh tertutup utk bercinta lg.Jgn sakiti dan lukai hati org yg mencintaimu.Kelukaan yg engkau tinggalkan buatku.Sesungguhnya tlh mendewasakanku....
             Terima kasih atas kelukaan itu,akan kurawat ia wlupun amat sukar utk aku melakukannya.Doaku semoga akan terbuka hatimu utk mencintai seseorang dgn keikhlasan dan kejujuran yg hakiki.Wlupun kelak nanti wanita itu bknnya aku!!!!!!!


Aku yg terluka:-
Kasih Aierin

Isnin, 4 Julai 2011

MALAM YANG SEPI


malam ini kurasa amat sepi....
bila kau tida disisi!!!!
kurasa hidup ini bagaikan tiada bererti...
hari ini aku bersendiri melayari kehidupan yang sepi.....
kau pergi entah kemana????
tinggalkan aku seorang diri...
malam ini penuh kedukaan,bersama sepi yang kau tinggalkan...
bersama janji yang kau curahkan....
sayang seribu kali sayang...
ungkapan kata bernafas cinta....
hanya berubah sekelip mata...
dimana janji dan sumpah setia????
pernahkah kau fikir betapa tulusnya kasihku!!!!
kasih dan sayangku bukan boleh dijual beli....

kau perlu ingat dengan semua itu????
hari ini aku terluka...
mungkin esok kau pula akan merasa....
dunia umpama roda...
terkadang diatas terkadang dibawah...
kau harus ingat dengan semua itu!!!!!

hidup ini tak seindah yang kita impikan...
aku hanya manusia biasa...
tak lari dari melakukan kesilapan....









Sabtu, 2 Julai 2011

MENGIMBAS KENANGAN LALU...

Bermulanya disini sebuah episod silam antara aku dan dia.....
Nazmi...
Dikau yang dulu pernah ku puja kini menjadi racun yang membunuh diriku...
Hari demi hari yang aku lalui penuh  dengan onak yang berliku.
Kenapa kau tergamak melontarkan diriku jauh disudut hatimu....?????
Nazmi...
Waktu susah akulah tempat kau mengadu..
Tapi kini setelah dikau diberi kesenangan kenapa aku kau singkirkan...
Dimana salah dan silapku???
Dimana janji-janjimu dulu!!!
Nazmi...
Hanya tuhan yang tahu perasaan aku diketika ini...
Walaupun mulutku tidak berkata tapi hatiku tetep meronta untuk mengatakan sesuatu.
Nazmi...
Kutahu kau sekarang bahagia bersama sidia yang kau puja.
Tapi pernahkah kau fikir perasaan aku!!!!
Perasaan wanita yang pernah kau lukakan...????
Aku bersyukur nazmi disaat aku dalam kekecewaan...
Ada hamba allah yang datang menghulurkan kata-kata semangat...
Semangat!!!!!
Semangat untuk terus melupakan dirimu.
Lupa pada kekecewaan yang kau tinggalkan...
Tapi kini semuanya telah berlalu....
Kau hadir kembali mengharap janji yang tak pasti...
Kenapa dan mengapa nazmi????
Hanya itu yang ingin aku tahu sekarang!!!
Cinta aku bukan untukmu nazmi...
Tapi untuk dia yang pernah merawat luka dihatiku.
Relakan aku bahagia bersamanya.....
Selamat tinggal wahai insan yang bernama MOHD NURNAZMI BIN MUSA....
Selamat tinggal jugak penderitaan yang pernah aku lalui...
Doakan aku bahagia bersama dia yang aku sayang...(rahsia)

SEKADAR RENUNGAN

Bertahun sudah ku menunggu dirimu.
Akhirnya kau menjadi milikku.
Tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Mahligai yang dibina hancur dipersimpangan.
Tapi mengapa ini semua harus berlaku????
Dimana salahku dan dimana silapku????
Jawapan demi jawapan yang aku cari.
Namun tak pernah aku temui.....
Kini hampir 10 tahun masa berlalu.
Kenangan silam masih tetap dalam ingatan....
Oh tuhan....
Berikan ku kekuatan dan berikan ku kesabaran.
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Jumaat, 1 Julai 2011

RINDU MEMAKSAKU MENYAYANGIMU-FRANCISCA PETER

ANDAI ENGKAU MENGERTI
PERASAAN HATI INI
PASTI ENGKAU MENYEDARI
BETAPA HATIKU MERINDUIMU.....

BUKAN MUDAHNYA AKU
UNTUK MELAFAZKAN CINTA
SEKALI KU MELAFAZKAN
SAMPAI BILA PUN KU MENYINTAIMU.....
 
RINDU MEMAKSAKU MENYAYANGIMU....
TAK DAYA KU MENAHAN
SEGALA PERASAAN AKU
YANG MAKIN GELORA....

SETELAH ENGKAU MENYEDARI
SAMBUTLAH CINTA KU....
SEPI MENGAJAR AKU TENTANG PERLUNYA CINTA 
WALAU PEDIH....WALAU PERIT.....
TERPAKSA AKUMENGHADAPI

TIADA APA YANG ENGKAU PINTA
SEKADAR KESETIAAN....
SELAGI RINDU MASIH DIHATI
CINTAMU TERUS BERSEMI....

RINDU MEMAKSAKU....MENYAYANGIMU....
TAK DAYA KU MENAHAN
SEGALA PERASAAN YANG MAKIN GELORA
SETELAH ENGKAU MENYEDARI
SAMBUTLAH CINTA KU.....

SEPI MENGAJAR AKU
TENTANG PERLUNYA CINTA
WALAU PEDIH....WALAU PERIT....
TERPAKSA AKU MENGHADAPI......

MY FAMALY





Khamis, 30 Jun 2011

TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

sepi seorang perindu

BETAPA SEPINYA MENJADI SEORANG PERINDU`
SIANG DAN MALAM KU
SERING TERBAYANGKAN WAJAHMU
KADANG KALA HATIKU MENJADI SAYU
SUNYI DAN SEPI....
TANPA KEHADIRANMU DISISIKU
TAPI APAKAN DAYA TAKDIR
MEMISAHKAN KITA....
MUNGKIN BELUM MASANYA
UNTUK KITA DISATUKAN
SEMAKIN JAUH DIKAU PERGI
SEMAKIN KUAT RINDUKU
TERHADAPMU.....
WALAUPUN KINI KAU JAUH DIMATA
NAMUN KASIH DAN SAYANGKU
TETAP UNTUKMU......
OH TUHAN....
KAU TABAHKAN HATIKU
DAN KAU KUATKAN IMANKU
UNTUK TETAP TERUS MENANTIMU
WALAU SERIBU TAHUN LAGI
KASIH DAN SAYANGKU TETAP UNTUKMU
WALAUPUN TERPAKSA AKU TEMPUHI
SEGALA DUGAAN YANG MENDATANG
KERANA KASIH DAN SAYANGKU
HANYALAH UNTUKMU....
OH TUHAN....
KAU KEKALKANLAH JODOHKU
BERSAMA SIDIA YANG AKU SAYANG....
                   AMIN

Ahad, 26 Jun 2011

Cinta yang terbiar

siapalah aku tanpa dirimu
bagai pantai terbiar sepi
siapalah aku tanpa cintamu
bagai insan dibaluti kerinduan
   cinta itu amat mengasyikkan
   rindu itu amat memilukan
   perpisahan amat menyiksakan
   namun ada pengajaran...
cintaku....cinta yang terbiar
hidupku tak seindah impian
luka itu amat memedihkan
rasa itu amat derita
namun ada kenangannya...
  cintaku .....cinta yang terbiar
  mengharap kasih pada yang tak sudi
  cintaku..../cinta yang terbiar
  jatuh tersungkur dipinggir luka
apalah ertinya cinta yang terbiar
bagai biduk hanyut dilautan
apalah dayaku jodoh tiada
sudah suratan takdirnya begitu.....

Lahar cinta.....

Tersingkaplah tirai cinta ku yang lalu
Hangatnya lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelupur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali
Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerna ku sangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu
Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masihku terasa
Tak layu di telan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih aku sayangi
Walaupun engkau  tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya ku kenang dan pahitnya dah ku telangana
Begitu kasihku kepadamu
Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan
Mengapa diwaktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkau pun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah....

Selasa, 21 Jun 2011

sekadar mengingati...

Sekilas ku teringat detik-detik yang lepas
Betapa indahnya percintaan yang kita bina
Segala halangan dan rintangan kita tempuhi bersama
Tapi kini semuanya tinggal kenangan
Kau pergi tanpa kerelaanku...
Kau tinggalkan ku keseorangan mencari-cari arah ku sendiri
Tapi kini kau menjelma kembali
Setelah bertahun lamanya kau tinggalkan aku
Hatiku sudah tertutup...
Usahlah kau merayu lagi
Carilah insan yang benar-benar menyayangimu
Maafkan aku wahai sang pujangga
Aku tak rela hatiku disakiti
Biarlah aku membawa diri
Mencari cinta yang abadi....

LUAHAN HATI AIERIN

Untuk apa lagi kita meneruskan percintaan ini
Andai diantara kita sudah tidak sehaluan lagi
Teramat sayang untukku buang
Namun terlalu pahit jugak untukku telan
Suatu masa dahulu engkaulah penyeri
Tapi kini semuanya tiada lagi
Bukan salah aku putus percintaan ini
Tapi kau yang dahulu memulakan
Kecuranganmu membuatkan hatiku
Benar-benar terluka
Keegoanmu mencabar naluriku sebagai seorang perempuan
Tapi kini aku tenang
Dikau tiada lagi disisiku!!!!
Hanya yang tinggal cuma bayanganmu....
Terima kasih dengan segala-galanya...
SELAMAT TINGGAL CINTA dan selamat jalan...
Wahai insan yang pernah ku puja
DARIKU YANG PERNAH MENYINTAIMU.....

puisi sahabat

Mengenang sahabatku...
Membuat sesal tak ada habisnya...
Dia sahabatku...
Dia teman hidupku...
Perkataan dan tingkahmu...
Buat dia tak ingin lagi...
Menemaniku...
Mendengarkan aku...
Sungguh sulit setiap hariku rasakan...
Seperti ini....
Keluh kesal terus menerus...
Ku perjuangkan hidupku kini dalam sendiri...
Sepi...
Namun  aku akui...
Memang rasa tak mampu...
Bila hanya hidup tanpa sahabatku...
Andai kau mendengar rintihan dalam puisi ini....
Bisakahkah kau maafkan aku?????