Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah dihati kita begitu sahaja??????Biar dalam bentuk apapun perpisahan itu.Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi,hakikatnya kenangan yg tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja.Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan,pahit manis suka mahupun duka .Insan-insan ini akan tetap diingati.Ada ketikanya rindu itu datang juga.Datang dalam bentuk yang pelbagai,dan rindu yg rindu hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan.Sebagaimana sukar menciptakan kenangan ,begitulah sukarnya untuk melupakan.Walau jauh mana mengasingkan diri,kenangan-kenangan itu tetep bersemadi dalam hati.Bukan tidak memcuba sebaiknya sudah sehabis daya.Namun rindu itu seringkali mengganggu lena.Lalu tidurlah kita berteman si airmata.Sayu dlm hati hanya TUHAN yg tahu.TUHAN yang maha mengetahui segalanya.....
Sukarnya membunuh kenang.Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan,kenangan itu tetap memburu.Menjadi kita insan yang kadang kala hilang kewarasan.Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan .Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini.Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua.Seakan mahu menjerit pada alam...Bawalah aku jauh ,,,jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini.....Berikan ruang untukku bernafas kembali,dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran...Kita menangis lagi!!!!!Menanggis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.....
Aku jadi lesu melawan perasaan sendiri.Hakikatnya aku tahu yang kadang kala berpisah itu adalah lebih baik dari bersama.Bila sudah tiada keserasian antara akaldan hati pada dua jiwa ,maka berpisah adalah jalan yang terbaik.Tapi sungguh aku tak sanggup!!!!Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu sekali lagi aku mengenangkan kata hati.Aku tolak mentah-mentah apa yang akal cuba katakan ,kerana di satu sebab.....Kerana dalam hati inilah aku letakkan mereka dia,mereka semuanya insan-insan yang disayangi sepenuh jiwa.Lalu ku putuskan saja mengikut apa yang mahu dikatakan oleh hati....Biar berbalah sekalipun aku sanggup ,asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menangnggung perpisahan...Aku sudah tidak sanggup lagi!!!!!
Aku mahu membencimu,tapi belum pun perasaan itu bermula...Aku sudah lelah menanggungnya!!!!Itu yang benar....Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci.Itu yang aku rasa kerana dengan benci,hanya akan menjadikan manusia yang tidak berperikemanusian pada manusia lain.Ia hanya menjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya.Lalu aku putuskan untuk tidak membenci!!!!!Sekiranya tidak untuk sekali ini .Tidak mahu membenci walau sesiapapun.Biar apapun yang dilakukan oleh orang-orang sekeliling,aku memutuskan untuk tidak membenci mereka ini.Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh hasrad kerana membenci!!!!Aku juga telah memutuskan itu semua....
Membuat keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup.Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat tidak melibatkan hati sesiapa...Biar aku saja yang terluka!!!!Biar aku saja yang menangis!!!!!Biar aku saja yang menyesal!!!!!Tidak sekali-kali aku mahu melibatkan orang-orang lain yang terpenting dalam hidupku.Malangnya tidak semua keputusan dalam hidup yang melibatkan banyak orang.Pasti banyak hati yang kecewa kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa ,aku memutuskan untuk menanggungnya sendiri.Bukan kerana tidak kasihan pada hati ,tapi sekurangnya aku tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka.Perit sudah pasti!!!!Biarkanlah....Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga kesatu hari di jemput bertemu.Dia yang abadi!!!!!
Kadang kala kita tidaklah memilih untuk menjadi sesiapa...Siapa kita hari ini????Dan siapa pun kita hari ini...Usahlah takdir yang harus dipersalahkan!!!!Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan ,dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan.Kita masih belum lagi jauh tersesat,sebaliknya selagi kita bernyawa....Dia sedang memberi peluang unuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan....Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya sebaliknya,dengan kesilapan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan